Hujan telah turun dengan lebatnya, sewaktu itu Nabi dengan pasukan perang sedang dalam perjalanan pulang dari peperangan Ghathafan. Peperangan tidak terjadi secara besar-besaran kerana musuh terlebih dahulu melarikan diri ke puncak bukit.
Pakaian Nabi yang basah kuyup itu perlu dikeringkan dan hujan telah pun berhenti. Baginda dengan angkatan perang pun berhenti di suatu tempat untuk berehat dan mengeringkan pakaian mereka.Nabi mengambil kesempatan ini menjauhkan diri dari pasukan. Baginda pun membuka pakaian dan menjemur agar cepat kering.Maka sambil menunggu, baginda pun berbaring di bawah pohon kayu. Segala pergerakan Nabi itu telah diperhatikan oleh pihak musuh yang mengintip. Melihatkan keadaan Nabi berseorangan diri, mereka ingin menggunakan kesempatan itu untuk membunuh Nabi s.a.w. Walaupun mereka telah berundur tetapi dendam mereka masih mendalam dan inilah kesempatan yang baik sekali.
Pengintip pihak musuh segera pulang memberitahu pemimpin mereka iaitu Du'tsur bin Harits. Mereka kesempatan yang ada bagi membunuh Muhammad. Maka Du'tsur yang terkenal berani dikalangan mereka segera bersiap. Beliau mengambil pedang lalu menuju ke tempat Nabi s.a.w. berbaring yang agak terasing dari pasukan baginda.
"Siapakaha yang dapat membela engkau sekarang ini dari aku, wahai Muhammad?" kata Du'tsur dengan pedang terhunus dan diacukan ke arah Muhammad. Rupanya beliau tidak segera membunuh Nabi tetapi mengajak berbicara seketika dengan menakut-nakutkan Nabi dan kemudian baru membunuhnya.Demikian barangkali rencana Du'tsur.
"Allah", jawan Nabi s.a.w dengan tenang.
Tiba-tiba Du'tsur terdorong ke depan hingga pedangnya terlepas dari tangan dan terjatuh ke tanah di depan Nabi.
Melihat itu Nabi pun segera bangkit dan mengambil pedang itu lalu diacukan ke arah Du'tsur.
"Siapakah yang akan membela engkau dari aku?" tanya baginda kepada Du'tsur.
"Tidak ada seorang jua" jawab Du'tsur.
Sewaktu Nabi menghadapi bahaya, baginda adalah dalam pengawasan Allah Yang Maha Kuasa. Sebenarnya seketika kejadian itu Jibrail telah datang dan menolak Du'tsur sehingga terlepas pedang dari tangannya dan beliau gagal membunuh Nabi. Kejadian itu telah menimbulkan kesedaran pada hati Du'tsur dan akhirnya beliau memeluk agama Islam dan mengucap syahadah di hadapa baginda.
Nabi kemudiannya menyerahkan kembali pedang Du'tsur dan kemudian mereka berbicara seketika dalam keadaan gembira sebelum beliau berlalu meninggalkan Nabi s.a.w kembali sendirian.
"Demi Allah, sesungguhnya engkau lebih baik dari aku".
"Memang aku berhak demikian dari engkau," jawab Nabi.
Du'tsur kembali kepada kaumnya dan mereka menempelaknya setelah diketahui gagal membunuh Nabi s.a.w. walaupun beliau mempunyai kesempatan yang cukup baik.
"Di mana kegagahanmu sedangkan pedang sudah terhunus?" demikian kaumnya mengejinya.
"Demi Allah, memang itu pendapat kamu.Tetapi aku gagal keran Muhammad dilindungi Allah dan Malaikat sentiasa menjaganya," jawab Du'tsur.
Du'tsur menceritakan kejadian sebenar yang dialaminya dan bagaimana beliau telah memeluk agama Islam.Kemudian beliau mengajak kaumnya untuk mengikuti jejak beliau bersama-sama menjadi seorang muslim yang percayakan Allah dan Rasul-Nya.



No comments:
Post a Comment