Sebiru hari ini birunya bagai langit terang benderang sebiru hari kita bersama disini seindah hari ini indahnya bak permadani taman syurga seindah hati kita walau kita kan berpisah
bukankah hati kita telah lama menyatu dalam tali kisah persahabatan illahi
Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak ( Al-Imam al-Bukhari dalam kitab ( آتاب الصلح ) bab ( باب إذا اصطلحوا على صلح جور ) nombor 2550. Al-Imam Muslim dalam kitab ( آتاب الأقضية ) bab ( باب نقض الأحكام الباطلة ورد محدثات الأمور ) nombor 1718).
Pokok Perbincangan Hadis : Larangan mengada-adakan dalam urusan agama :
a) Dalam Ibadat : Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam ibadah lain pula. (dedah kepala - ihram/ berdiri-azan) Ibadah yang langsung tidak syar’ie ( dengan hiburan/ tarian) - tidak diterima Allah bahkan ditutup pintu taubatnya. Menokok tambah dalam ibadat yang disyariatkan. (tambah rakaat dalam solat fardhu/ wudhu’ empat-empat) Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan. (kurang rakaat dalam solat).
b) Dalam Muamalat :
i) ‘Aqad yang dilarang oleh Syara’ : Barang yang hendak di’aqad tidak halal.(nikah dengan mahram). ‘Aqad pada barang yang diharamkan (arak/ bangkai).
ii) ‘Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak. (nikah anak perempuan tanpa izinnya). Pengajaran hadis:
lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi. Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat. Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya. Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur. Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.
jom kite criter2 lagi kisah zaman Nabi Muhammad s.a.w...^_^
Pada suatu petang Umar bin Al-Khatab r.a pergi ke masjid Nabi di Madinah. Di dalam masjid dilihatnya Abu Zar Al-Ghifari sedang duduk bersendirian, lalu beliau menegurnya. Mereka duduk bercakap-cakap sehinggalah masuk waktu tengah malam. Seketika kemudian terdengarlah Bilal mengalunkan azan memanggil orang bersolat maghrib. Maka berduyun-duyunlah mereka ke masjid. Naabi s.a.w telah berada di tengah-tengah orang ramai dan kemudiannya mengimamkan solat maghrib berjemaah. Setelah selesai solat maka Nabi pun duduk menyampaikan risalah dari kitab Al-Quran.
Apabila sampai waktu isya', mereka sekali lagi berjemaah dan setelah selesai masing-masing kembali ke rumah kecuali beberapa orang yang berniat tetap di masjid sehingga subuh. Nabi juga telah kembali ke rumahnya.
Kira-kira sepertiga malam berlalu, kelihatan Nabi keluar menuju ke masjid dan baginda menemui Abu Hurairah r.a lalu berkata: "Wahai Abu Hurairah, panggillah sahabat-sahabat semua ke rumahku."
Abu Hurairah pun segera membangunkan sahabat-sahabat Nabi yang berada di masjid dan mreka kemudian menuju ke rumah Nabi. Setelah diizinkan baru mereka masuk. Nabi kemudian meletakkan piring di depan mereka lalu dihidangkan gandum. Nabi mempersilakan mereka makan.
Setelah selesai makan, mereka mengucapkan terima kasih dan salam lalu kembali semula ke masjid. Suasana tenang di dalam masjid dan ramai yang telah merebahkan diri hendak tidur. Begitu juga dengan Abu Zar. Tiba-tiba dalam keadaan antara terlena dan jaga, beliau mendengar derapan kaki orang melangkah masuk ke masjid. Abu zar mengamati ke arah bunyi itu dan dilihatnya Nabi s.a.w yang datang. Beliau terus mendiamkan diri dan memerhatikan Nabi yang berada di dalam masjid untuk mengerjakan solat malam hari(Solatul Lail).
Nabi s.a.w meneruskan solatnya, manakal Abu Zar mendengar dengan teliti ayat-ayat yang dibaca Nabi dalam solat dengan khusyuk dan teliti. Demikianlah Nabi bersolat sehingga datang waktu subuh. Baginda selalu ruku' dan sujud sepanjang malam.
Setelah selesai solat subuh, Abu Zar segera ,mendekati Nabi s.a.w kerana beliau ingin menanyakan tentang ayat-ayat yang dibaca oleh Nabi dalam solatnya malam tadi. Maka nabi pun menceritakan semuanya kepada Abu Zar.
~ini lah satu-satu acara dalam perjalanan hidup Nabi dan sahabat-sahabat baginda di waktu malam. Setelah selesai solat, baginda akan memberikan nasihat kepada sahabat-sahabat dan kaum muslimin. Jika ada makanan, baginda hidangkan untuk dimakan bersama-sama dan menjamu para sahabt, dan lazimnya baginda sendiri yang meletakkan makanannya. Manakala waktu malam diisi dengan ibadat-ibadat sehingga tiada waktu yang tersia-sia~
"Barang siapa bertaubat sedang dia tidak mempelajari ilmu, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat; dan barang siapa bertaubat sedang tidak bertambah tekun ibadatnya, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat; dan barang siapa sedang dia tidak berusaha membuat seteru-seterunya rela (kepadanya), maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat; dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak merubah pakaian dan perhiasannya, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat; dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak menggantikan sahabat-sahabatnya, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat; dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak melipat tilam dan tikarnya, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat; dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak menyedekahkan kelebihan dari apa yang ada di tangannya, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat; maka apabila kelakuan-kelakuan ini semua telah nyah dari seorang hamba, barulah dia menjadi orang yang bersungguh-sungguh bertaubat.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Nisaak ayat 19:
"Sesiapa yang mahukan kepada (balasan) dunia sahaja (maka rugilahia), kerana di sisi Allah disediakan pahala(balasan) dunia dan akhirat. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Melihat, Mendegar, lagi sentiasa Melihat."
Whoa I’m still here!
-
Saja taip nama sendiri kat Google, and guess what—my blog is still here
rupanya. Hahaha.
And I’m gladddd I recorded whatever happened to me back then (mo...
Trolley Supermarket Batu
-
PT Aku Sayang Indonesia Ku ( PT. ASIK ) bergerak dalam jasa distributor
yang menjual *Trolley Supermarket* dengan harga paling Murah. Kami melayani
penjual...
MAJLIS TILAWAH AL QURAN SEKOLAH SEKOLAH (MTQSS)
-
Pelbagai kategori yang telah disertai MOZAC bersempena Majlis Tilawah
Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) peringkat kawasan Ayer Keroh.
Berikut adalah keputus...
▪ happy HO ▪
-
Asalammualaikm sahabat/sahabiah sekalian. Macam mana hari-hari anda bagi
yang dah kerja? Bagaimana pula yang Allah bagi cuti lagi ? Petua Untuk
Hidup Sen...
Be Wary of This Heart
-
Be wary of this heart,
For it’s been trampled and abused
Can you see the pitted scars of yester ache?
The lashes of whips left by broken promises
The vesti...
Ramadhan Al-Kareem, 2012
-
Assalamualaikum,
pada tahun ini,pada kali ini, buat pertama kalinya, aku berpuasa dalam
bulan ramadhan di bumi anbiyah ini, Mesir setelah 4 tahun belajar di...
Istiqamah Vs Karamah
-
Seorang ulama telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun dengan
tekun.Dia tidak pernah ponteng walaupun sekali melainkan apabila ada uzur
syarie.Nam...
The point of balance
-
this is a short conversation between me and my senior.
he suddenly asked WHERE DO YOU SEE YOURSELF IN TEN YEARS?
okay..honestly i didn't know him much..and f...
bicara pena seorang saya
-
acap kali
blog tempat meluahkan lara di hati
menceritakan setiap zarah masa yang berlaku dalam kehidupan seharian
meluahkan kegembiraan
meluahkan ketidak pu...
still question them :)
-
nampaknya in bukan setakat lepas exam PBL [program-based learning] je..
ini dah sampai tahap habiss cuti...hehe :D
OK here u go bout this QUEST CREW ~
actua...