Thursday, May 6, 2010

Baju Anak Khalifah

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, anak Saidina Umar bin Al-khattab pulang dari sekolah sambil menangis. Ketika ditanya oleh ayahnya, anak itu menjawab : “Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejekku. Kata mereka, “lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini.”

Mendengar pengaduan anaknya itu timbullah rasa kasihan dalam hati Umar terhadap anaknya. Oleh kerana itu, beliau mengirim sepucuk surat kepada bendahari Negara, meminta agar beliau dipinjamkan wang empat dirham dengan jaminan gajinya bulan depan dipotong.

Maka bendahari Negara itu mengirim surat jawapan yang berbunyi : “Wahai Umar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan? Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar hutangmu? Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu dihadapan ALLAH?”

Membaca surat itu, membuatkan Umar tersungkur menangis. Lalu beliau berkata kepada anaknya: “Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walau sejam lagi.”

**************************************************

p/s: bersyukurlah…kite masih ade rumah ntuk berlindung..ade pakaian untuk dipakai..ade makanan untuk dimakan dan ada ibubapa yang sentiasa mendoakan kite….jgn lupe doakn mereka fiddunya wal akhirat…..^_^

No comments:

Post a Comment