Tuesday, May 4, 2010

Melaksanakan perintah Allah~

Nabi s.a.w sedang dalam perjalanan pulang ke Madinah setelah berjaya dalam peperangan Khaibar.Peperangan di antara kaum Muslimin dan kaum Yahudi dan kaum Muslimin beroleh kemenangan. Ketika sampai di suatu tempat, perjalanan itu dihentikan dan mereka mendirikan khemah untuk bermalam kerana Madinah masih jauh lagi.
Setelah larut malam dan Nabi ingin tidur, baginda pun berpesan.
"Siapa yang sanggup menunggu fajar menyinsing? Barangkali kita akan tertidur nyenyak"
"Saya ya Rasulullah,saya sanggup menunggu," jawab Bilal dengan penuh kesetiaan.
Mendengar jawapan Bilal itu, Nabi pun masuk tidur dan begitu juga ahli-ahli rombongan. Mereka tidur dengan nyenyak sekali kerana penat berjalan di siang hari. Maka Bilal pun berjaga menunggu pagi. Tetapi beliau tidak duduk diam menunggu fajar dan bagi mengelak dari tertidur beliau mengerjakan solat. Setelah berkali-kali solat, beliau pun duduk bersandar pada untanya Tanpa disedari akhirnya beliau tertidur juga.

Fajar pagi sudah lama menyinsing, tetapi tidak seorang pun menyedarinya dan tidak lama kemudian terbitlah matahari di ufuk Timur menandakan hari telah siang. Sinar matahari itu membangunkan mereka.
Nabi s.a.w yang mula-mula bangun dan merasa terkejut kerana hari telah siang.
"Bagaimana ini, ya Bilal?"
Tanpa banyak bicara lagi, baginda pun menyeret untanya dan terus mengambil wudhu', dan diikuti oleh yang lain dalam rombongan itu. Mereka segera mengerjakan solat subuh dan selesai solat, Nabi pun segera memberi peringatan kepada sekelian muslimin.
"Bila kamu terlupa mengerjakan solat, maka lakukanlah apabila kamu telah teringat kembali. Ini menurut Firman Allah : Lakukanlah solat kerana mengingati Aku."

Nabi s.a.w dan angkatan perang kemudian meneruskan perjalanan pulang ke Madinah.

Begitulah cara Nabi menghormati sahabat baginda dan menjunjungi perintah Allah. Walaupun Bilal berjanji dengan sepenuh hati, tetapi tanpa disedari beliau tertidur.Nabi tidak meletakkan kesalahan kepada Bilal kerana Bilal sendiri tidak berjanji akan tidur dan mendengar jawapan Bilal dengan sopan dan penuh hormat. Jikalau Bilal tidak tertidur, maka semua solat subuh sebelum terbit matahari, tetapi kerana beliau tertidur,agama Islam membolehkan solat sewaktu berjaga kembali biarpun matahari sudah terbit. Sesungguhnya perintah Allah itu ada ketentuannya dan ia adalah rahmat bagi hambaNya..

No comments:

Post a Comment