Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Barang siapa bertaubat sedang dia tidak mempelajari ilmu,
maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;
dan barang siapa bertaubat sedang tidak bertambah tekun ibadatnya,
maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;
dan barang siapa sedang dia tidak berusaha membuat seteru-seterunya rela (kepadanya),
maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;
dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak merubah pakaian dan perhiasannya,
maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;
dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak menggantikan sahabat-sahabatnya,
maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;
dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak melipat tilam dan tikarnya,
maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;
dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak menyedekahkan kelebihan dari apa yang ada di tangannya,
maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;
maka apabila kelakuan-kelakuan ini semua telah nyah dari seorang hamba,
barulah dia menjadi orang yang bersungguh-sungguh bertaubat.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Nisaak ayat 19:
"Sesiapa yang mahukan kepada (balasan) dunia sahaja (maka rugilahia),
kerana di sisi Allah disediakan pahala(balasan) dunia dan akhirat.
Dan (ingatlah) Allah sentiasa Melihat, Mendegar, lagi sentiasa Melihat."
Whoa I’m still here!
-
Saja taip nama sendiri kat Google, and guess what—my blog is still here
rupanya. Hahaha.
And I’m gladddd I recorded whatever happened to me back then (mo...
10 months ago



No comments:
Post a Comment