jom kite criter2 lagi kisah zaman Nabi Muhammad s.a.w...^_^
Pada suatu petang Umar bin Al-Khatab r.a pergi ke masjid Nabi di Madinah. Di dalam masjid dilihatnya Abu Zar Al-Ghifari sedang duduk bersendirian, lalu beliau menegurnya. Mereka duduk bercakap-cakap sehinggalah masuk waktu tengah malam. Seketika kemudian terdengarlah Bilal mengalunkan azan memanggil orang bersolat maghrib. Maka berduyun-duyunlah mereka ke masjid. Naabi s.a.w telah berada di tengah-tengah orang ramai dan kemudiannya mengimamkan solat maghrib berjemaah. Setelah selesai solat maka Nabi pun duduk menyampaikan risalah dari kitab Al-Quran.
Apabila sampai waktu isya', mereka sekali lagi berjemaah dan setelah selesai masing-masing kembali ke rumah kecuali beberapa orang yang berniat tetap di masjid sehingga subuh. Nabi juga telah kembali ke rumahnya.
Kira-kira sepertiga malam berlalu, kelihatan Nabi keluar menuju ke masjid dan baginda menemui Abu Hurairah r.a lalu berkata: "Wahai Abu Hurairah, panggillah sahabat-sahabat semua ke rumahku."
Abu Hurairah pun segera membangunkan sahabat-sahabat Nabi yang berada di masjid dan mreka kemudian menuju ke rumah Nabi. Setelah diizinkan baru mereka masuk. Nabi kemudian meletakkan piring di depan mereka lalu dihidangkan gandum. Nabi mempersilakan mereka makan.
Setelah selesai makan, mereka mengucapkan terima kasih dan salam lalu kembali semula ke masjid. Suasana tenang di dalam masjid dan ramai yang telah merebahkan diri hendak tidur. Begitu juga dengan Abu Zar. Tiba-tiba dalam keadaan antara terlena dan jaga, beliau mendengar derapan kaki orang melangkah masuk ke masjid. Abu zar mengamati ke arah bunyi itu dan dilihatnya Nabi s.a.w yang datang. Beliau terus mendiamkan diri dan memerhatikan Nabi yang berada di dalam masjid untuk mengerjakan solat malam hari(Solatul Lail).
Nabi s.a.w meneruskan solatnya, manakal Abu Zar mendengar dengan teliti ayat-ayat yang dibaca Nabi dalam solat dengan khusyuk dan teliti. Demikianlah Nabi bersolat sehingga datang waktu subuh. Baginda selalu ruku' dan sujud sepanjang malam.
Setelah selesai solat subuh, Abu Zar segera ,mendekati Nabi s.a.w kerana beliau ingin menanyakan tentang ayat-ayat yang dibaca oleh Nabi dalam solatnya malam tadi. Maka nabi pun menceritakan semuanya kepada Abu Zar.
~ini lah satu-satu acara dalam perjalanan hidup Nabi dan sahabat-sahabat baginda di waktu malam. Setelah selesai solat, baginda akan memberikan nasihat kepada sahabat-sahabat dan kaum muslimin. Jika ada makanan, baginda hidangkan untuk dimakan bersama-sama dan menjamu para sahabt, dan lazimnya baginda sendiri yang meletakkan makanannya. Manakala waktu malam diisi dengan ibadat-ibadat sehingga tiada waktu yang tersia-sia~
Whoa I’m still here!
-
Saja taip nama sendiri kat Google, and guess what—my blog is still here
rupanya. Hahaha.
And I’m gladddd I recorded whatever happened to me back then (mo...
10 months ago



No comments:
Post a Comment